Sunday, 20 December 2015

Kehidupan Rakyat Brunei - Bahagian 1

RUMAH

Saya amat teruja dengan harga rumah di Brunei bila mengetahui yang 'figure' nya jauh lebih kecil berbanding dengan negara tercinta saya iaitu Malaysia. Seperti yang kalian dapat lihat gambar di bawah harga satu rumah teres dua tingkat hanya berharga BND 53 000 sahaja! Sukar dipercayai bukan? Itulah hakikat yang diperolehi oleh seorang rakyat Brunei. Ini adalah harga subsidi (ditanggung oleh Kerajaan iaitu Yang Dipertuan Sulatan Brunei) dimana peratusannya saya kurang pasti dek kerana saya tidak mempunyai bukti yang jelas. Tetapi keluasan rumah ini adalah 1 000 kaki persegi (square feet). Harga rumah dengan keluasan seperti ini di Malaysia dengan senangnya boleh mencecah ratusan ribu Ringgit. Harga rumah boleh dirujuk di pautan ini http://www.perumahan.gov.bn/Services-House-Brief-Terrace
http://www.perumahan.gov.bn/Application/Apply

LARANGAN MEROKOK

Di sini (Brunei) rokok dilarang secara keras seperti di dalam gambar papan tanda di gerai makanan dan juga notis di bangunan kerajaan. Boleh dikatakan anda menyedut udara segar tanpa asap rokok. Tetapi ada ada juga segelintir yang merokok di tempat tempat terpencil. Malah rokok juga tidak dijual di sini. Perokok tegar terpaksa membeli di negara jiran (Malaysia,iaitu Miri).

HARGA MAKANAN & MINUMAN

Makanan ruji di sini adalah nasi. Hidangan nasi yang paling murah adalah Nasi Katok yang mengandungi ayam (1 'piece') dan sambal berharga BND 1. Manakala minuman paling murah adalah Teh O Suam yang berharga BND 0.80. Berdasarkan kepada 'figure' jelas diperhatikan bahawa kos makan minum di sini diantara yang termurah. Kuasa permbelian (Purchasing Power) BND juga besar jika dibanding dengan Malaysia bersamaan dengan MYR 2.80 pada 14 July 2015.

HARGA KERETA

Kereta Toyota Vios di sini berharga lebih kurang BND 19 000. Orang kebanyakan banyak pakai Toyota Vios kerana komitmen bulanan yang rendah. Tetapi tidak kurang juga kawan kawan (Orang Brunei) saya memandu BMW 3 series, AUDI A3, Toyota 86 ke pejabat! Toyota 86 berharga BND 40 000 secara kasarnya.

CUKAI PENDAPATAN

Di sini tiada cukai pendapatan. Gaji anda masuk bulat bulat kedalam akaun bank masing masing. SCP diberikan setelah mencapai umur 60 tahun pada kadar BND 150 setiap bulan
Tabung Amanah Pekerja (TAP) & Supplemental Contributory Pension (SCP)
TAP sama dengan KWSP/EPF di Malaysia tetapi saya kurang arif berkenaan peratusannya. TAP dan SCP boleh dirujuk disini http://www.tap.com.bn/…/pZBLC8IwEIR_UjYP0va4CAmBqpUQH7lITj…/
http://www.tap.com.bn/…/04_Sj9CPykssy0xPLMnMz0vMAfGjzOJDDf…/

YANG DIPERTUAN BRUNEI DARUSSALAM

Seperti yang kalian dapat lihat, setiap rakyat baginda sangat menyayanginya. Sehinggakan potret Baginda disemat di kebanyakkan perumahan. Saya rasa terpegun dengan keadaan ini. Jauh berbeza dengan keadaan sepanjang saya dibesarkan.

'ISU ZAHRA'

Saya amat tertarik dengan pandangan beliau yang menyuarakan keluhan graduan di masa kini. Banyak isu yang diutarakan oleh beliau menusuk hati saya. Zahra dengan tepat membangkitkan isu 'survival'. Tidak perlu lagi saya jelaskan disini. Kalian bole melayari pautan diatas. Untuk pengetahuan kalian saya juga senasib dengan Zahra dari tahun 2010 hingga Februari 2015. Dengan gaji(2013-2015) berbekalkan y(jumlah pendapatan)= x(gaji) + N(Hari)c1(elaun ttidak etap) saya masih belum mampu untuk memiliki rumah pada waktu tersebut. Kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur termasuk makan, minum, pengangkutan, sewa rumah dan sebagainya saya tidak mempunyai simpanan untuk masa kecemasan kelak.

Alhamdulillah sekarang kehidupan lebih baik rezeki daripada bekerja di negara orang yakni Brunei. Sekarang alhamdulillah pendapatan saya jauh lebih baik dengan y=m('Currency Exchange')[(x+c2(elaun tetap))+(Nc1+K(gaji setiap jam)c3(kerja lebih masa))]. Dapatlah saya beli rumah di kawasan Ampang dan Melawati. Pendedahan ini bukan bermakna saya bongkak/berlagak/sombong/kufur nikmat dan sewaktu dengannya. Tetapi adalah untuk menyatakan sokongan saya pada Zahra (beliau tiada pertalian darah mahupun kenalan dengan saya) bahawa pelbagai cara bole dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia seperti negara jiran. Tidak usah pergi jauh hingga ke UK, Norway dan Austrlia. Cukuplah sekadar negara Brunei Darussalam sahaja. Jumlah rakyatnya walaupun kurang dari 500 000 dan kebergantungan kepada tenaga pakar luar untuk pembangunan negara ditambah lagi dengan 90 peratus hasil bumi adalah dari minyak dan gas (90 000 tong setiap hari berbanding Malaysia 600 000 tong sehari berpandukan buku 'Rich Malaysia, Poor Malaysia' dan 'The Oil & Gas Year Brunei 2012) tetapi Brunei masih mampu menampung segala jenis subsidi termasuk minyak (RON 97, BND 0.53 setiap liter) untuk seorang rakyat Brunei!

Secara asasnya 'figure' to 'figure' Brunei dan Malaysia adalah sama sahaja tetapi yang membezakannya dengan kita adalah 'purchasing power' BND yang kuat kerana di 'peg' kan dengan SGD. Jika seorang rakyat Brunei dengan pendapatan BND 900 dan Malaysia MYR 900 (gaji minimum) apakah yang bakal dinikmati oleh setiap seorang? Luaskan pandangan dan banyakkan bacaan, InsyaAllah ilmu akan menjaga kita dan ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Zahra. Jangan jadi seperti sekumpulan saintis dengan 5 ekor monyet, tangga dan pisang. Renungkan, jangan cepat melatah. 

Di kesempatan ini saya pohon kemaafan andai 'karangan' saya ini mencuit api kemarahan kalian. Yang baik dari Allah, yang kurang itu dari hambanya. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf Zahir dan Batin